15 UNIVERSITI DI MALAYSIA TERSENARAI DALAM THE ASIA UNIVERSITY RANKING 2021

 

Kuala Lumpur: Negara merekodkan kejayaan manis dalam sektor pendidikan apabila 15 buah universiti tempatan tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu. Pencapaian membanggakan tentu sekali buat Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merekodkan lonjakan besar pada edisi tahun ini dengan menduduki tangga 200 teratas. 

Edisi kesembilan kedudukan universiti ini juga menyaksikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membuat kemunculan dalam kumpulan 401+.Lima daripada enam universiti berprestasi di Malaysia juga memperbaiki serta mengekalkan kedudukan. Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) naik 13 tangga kepada kedudukan 111, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengekalkan kedudukan di tangga ke-119. Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki sembilan anak tangga ke-136 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 10 tangga untuk berada di kedudukan ke-150.Walaupun Universiti Malaya (UM) turun enam tangga, namun ia tetap berada dalam kumpulan 50 teratas.

Walaupon berdepan kesukaran disebabkan COVID-19, jelasnya ia muungkin akan beri peluang kepada universiti di Malaysia untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak lagi pelajar dan para akedemik serantau. Tahun ini, sebanyak 551 universiti dinilai berbanding 489 pada tahun 2020. Tsinghua University dan Peking University di China menduduki tangga pertama dan kedua kedudukan tahun ini. Manakala National University, Singapura brada di tempat ketiga.

 

SUMBER : Rosli, H. (2021). Astro AWANI. Retrieved from astroawani.com: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/15-universiti-di-malaysia-tersenarai-dalam-asia-university-ranking-2021-301300

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *