
Terkini – Dalam menghadapi Pendemik Covid 19 ini, Asia Metropolitan University (AMU) menyediakan peruntukan Biasiswa dan Anugerah Bursari Pengajian Tinggi sebanyak 6.2 Juta ringgit untuk rakyat Malaysia.
Peruntukan ini disediakan untuk semua peringkat pengajian bermulanya daripada peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana sehingga ke peringkat Doktor Fasalfah.
Asia Metropolitan University merupakan sebuah Universiti yang telah diiktiraf SETARA-4 dari Kementerian Pengajian Tinggi menjadikan AMU salah satu Universiti Swasta Terbaik di Johor.
Semua program di AMU telah mendapat akreditasi atau diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan professional berkaitan seperti Lembaga Jururawat Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia.
Selain daripada peruntukan (Biasiswa/bantuan/anugerah bursari) tersebut terdapat banyak lagi kemudahan dan kelebihan yang AMU sediakan untuk semua pelajar antaranya adalah:
- Berpeluang menjalani latihan industri di luar negara seperti Singapura dan India untuk program terpilih sahaja serta mendapat pendedahan realiti dunia pekerjaan di Hospital Kerajaan melalui latihan industri yang disediakan
- Nikmati rebat pendaftaran untuk pendaftaran awal
- Tempat penginapan disediakan – Apartment Seri Mutiara lengkap dengan kemudahan memasak,peti sejuk,mesin pembasuh baju serta Gym dan kolam renang untuk pelajar beriadah dengan kadar sewaan yang berpatutan
- Pengangkutan percuma ke tempat latihan klinikal untuk program kejururawatan
Kami dari Asia Metropolitan University mengalu-alukan kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai dan menerima manfaat yang kami sediakan untuk bersama sama dalam mengharungi tempoh sukar ini. Tujuan pemberian manfaat ini adalah untuk meringankan beban semua pihak dalam menyahut seruan Kerajaan iaitu “Kita Jaga Kita”.