
Sempena Ulangtahun ke-37, Senat Binary University telah meluluskan satu geran khas bertujuan meringankan beban kewangan ibu-bapa yang terjejas akibat Pandemik Covid-19. Geran ini yang dinamakan Geran Pendidikan Prihatin MyBinary-PTPTN bernilai RM205 Juta. GPP MyBinary-PTPTN akan manafaat 4000 pelajar lepasan SPM /STPM/Matrikulasi kesemuanya iaitu 2000 pelajar bagi tahun akademik 2021 dan 2022 masing-masing.
Melalui GPP MyBinary-PTPTN, Binary University akan memberi subsidi 70% yuran pengajian setahun. Baki 30% boleh dibayar oleh pelajar melalui pinjaman PTPTN, KWSP atau secara persendirian.
Lepasan SPM akan dapat menikmati jumlah geran sebanyak RM54600 setiap orang bagi pengajian 4 tahun (termasuk program asasi) manakala lepasan STPM dapat menikmati geran sebanyak RM40950 setiap orang bagi pengajian 3tahun.
Berikut adalah program Asasi dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang ditawarkan dibawah Geran Pendidikan Prihatin MyBinary-PTPTN.
- Foundation in Arts
- BA (Hons) in Accounting + CPA (Australia)
- BA (Hons) in Entrepreneurship
- BA (Hons) in Business Management
- BA (Hons) in Marketing
- BSc (Hons) in Computer Science
Untuk memohon Geran Pendidikan Prihatin – MyBinary, Sila klik butang pautan dibawah