UPSI DI TANGGA KE-101 THE WORLD UNIVERSITY RANKING 2022

TANJONG MALIM : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diumumkan berada pada kedudukan 101 dunia dalam bidang ekonomi baharu (emerging economies) dalam senarai The World University Ranking 2022 hari ini.

Beliau berkata kejayaan ketiga bagi tahun 2021 itu adalah pengiktirafan kepada UPSI sebagai sebuah universiti berteraskan pendidikan yang sudah berusia 100 tahun yang mana pencapaiannya semakin menyerlah.

“UPSI menggembleng tenaga beberapa tahun kebelakangan dan kejayaan ketiga bagi tahun ini sangat manis, kerana ia adalah hasil pengorbanan, usaha dan kerjasama dari seluruh warga UPSI melalui ukhuwah yang dijalinkan sesama mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dengan pengiktirafan berkenaan, diharapkan UPSI akan terus cemerlang menyumbang dalam bidang pendidikan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh, menganggap kejayaan UPSI menyerlahkan pencapaian dan peranan yang dimainkannya mengikut kriteria yang ditetapkan untuk mendapat penarafan.

Penarafan itu, katanya, berdasarkan lima kriteria utama iaitu pengajaran, penyelidikan, rujukan, pandangan antarabangsa dan pendapatan industri.

Menurut beliau pengiktirafan itu akan menjadi pemangkin semangat kepada warga UPSI yang bakal menyambut dan merayakan sambutan 100 tahun sebelum majlis kemuncak pada 29 November tahun 2022.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar, berkata iaa dalah hasil kerja keras tenaga pengajar dan semua pihak dalam mengungguli satu-satunya universiti pendidikan tanah air di persada antarabangsa.

Menurut beliau tahun ini UPSI mengorak langkah menggerakkan sambutan 100 tahun dan acara kemuncaknya akan berlangsung pada 29 November 2022.

“Mengambil inspirasi semangat menyambut ulang tahun ke-100 UPSI yang mengambil kira zaman Sultan Idris Training College (SITC), semoga lebih banyak lagi kejayaan dicapai UPSI pada tahun ini serta tahun depan,” katanya.

Baru-baru ini UPSI disenaraikan antara universiti yang menduduki 801-1000 (Top 3%) Times Higher Education (THE), World University Rankings 2022 iaitu antara lapan yang teratas universiti di Malaysia.

Beliau berkata UPSI juga kemudiannya mencipta kejayaan pada tahun ini apabila diumumkan berada pada kedudukan 176-200 dunia dalam subjek pendidikan.

SUMBER : Wartawan BHi. (2021). BERITA HARIAN. Retrieved October 25, 2021, from https://origin.bharian.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *